Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan perintah menteri mengecualikan nikotin cecair dan gel daripada senarai racun, dengan memutuskan tindakan itu menyalahi undang-undang kerana dibuat tanpa rundingan sewajarnya dengan Lembaga Racun.PETALING JAYA: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad menjelaskan laporan berhubung kerajaan sedang mengambil langkah mengecualikan nikotin cecair daripada senarai racun semula.

Presiden MMA, Dr L Sivanaesan, berkata persatuan itu sangat bimbang dengan laporan Dzulkefly telah mengemukakan cadangan itu, yang mendapat kelulusan Lembaga Racun.

Jika benar, katanya, laporan itu menimbulkan kebimbangan serius terhadap komitmen kerajaan dalam melindungi kesihatan awam.