TAIPING: Jenazah empat individu yang maut dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), di sini, semalam selesai dibedah siasat di Unit Perubatan Forensik, Hospital Taiping, hari ini.
Van jenazah yang membawa jenazah mangsa pertama, Al Zubair Deraman, 31, bertolak meninggalkan perkarangan unit forensik bermula jam 9.55 pagi, disusuli van kedua membawa jenazah Mohamad Hafiz Daniel Nik Hairey, 19, pada jam 12.30 tengah hari.
Van jenazah ketiga membawa Tuan Shazrin Tuan Mud, 40, serta jenazah anak perempuannya yang berusia tiga tahun dilihat meninggalkan perkarangan unit forensik jam 1.32 tengah hari.
Bagaimanapun, identiti kanak-kanak terbabit masih belum dapat disahkan setakat ini.









/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/02/cf0667319e5a2e446ce8e866bd734b5f.jpg)