SHAH ALAM – Kesengsaraan penduduk Kampung Melayu Subang yang berulang kali berdepan banjir kilat mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan laporan terkini projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Selangor bernilai RM700 juta diserahkan kepadanya, Jumaat ini.
Anwar berkata, beliau mahu mendapatkan gambaran jelas mengenai status pelaksanaan projek terbabit, termasuk langkah yang boleh diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja pembinaannya.
“Saya bimbang kerana sudah dua, tiga kali banjir berlaku (di Kampung Melayu Subang). Jadi untuk peringkat Kerajaan Persekutuan, saya akan minta laporan (RTB) Jumaat ini. Jumaat ini juga, Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) akan adakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Beliau juga akan minta laporan terkini projek tebatan banjir (untuk peringkat negeri),









