Manchester: Manchester United memberi talian hayat kepada pengendalinya, Michael Carrick apabila bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Roma 3-2 dalam aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford, awal pagi tadi.
Kemenangan dramatik itu menamatkan kemarau sembilan perlawanan tanpa kemenangan dalam semua kejohanan, sekali gus meredakan tekanan terhadap Carrick yang semakin terdesak menyelamatkan kedudukannya.
Bagaimanapun, penyokong tuan rumah seakan hilang sabar apabila Roma terlebih dahulu mendahului 2-0 dalam tempoh 20 minit menerusi jaringan Matias Soule dan Donyell Malen.
United yang tampil tidak bermaya pada babak pertama jelas bergelut untuk mengimbangi permainan pelawat, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap keputusan pengurusan kelab untuk terus memberi kepercayaan kepada Carrick.










