KUALA LUMPUR - Jasmine Food Corporation Sdn Bhd (Jasmine) meneruskan komitmennya membantu rakyat Palestin menerusi kempen #SinarUntukGaza dengan penyerahan sumbangan fasa kedua berjumlah RM423,651 kepada Cinta Gaza Malaysia (CGM) bagi pelaksanaan bantuan kemanusiaan di Gaza.Sumbangan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan yang berjaya dikumpulkan melalui kempen #SinarUntukGaza bagi tahun ini adalah sebanyak RM695,282.50.Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine, Alan Kwong berkata, kejayaan kempen itu membuktikan bahawa tindakan harian yang kecil mampu memberi impak lebih besar apabila ia dilaksanakan secara bersama.Menurut beliau, kempen tersebut dianjurkan atas satu kepercayaan mudah bahawa setiap pembelian dan sumbangan mampu membawa kepada perubahan, selain memberi peluang buat pelanggan Jasmine untuk bersama-sama menyumbang terhadap usaha kemanusiaan."Saya ingin merakamkan penghargaan kepada CGM atas kerjasama yang diberikan dalam memastikan sumbangan dapat diterjemahkan kepada bantuan sebenar di lapangan."Walaupun kempen ini telah sampai ke penghujungnya untuk 2026, semangat keprihatinan dan kebaikan yang dibawa tidak seharusnya berakhir di sini."Kita mungkin tidak mampu menyelesaikan setiap cabaran yang dihadapi rakyat Gaza. Tetapi apabila bergerak bersama, kita mampu menghasilkan perubahan yang bermakna," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan semasa majlis penyerahan replika cek kempen #SinarUntukGaza 'Bantu Gaza Bersama Beras Era' di Perpustakaan CGM di sini baru-baru ini.Fasa pertama kempen yang berlangsung dari Januari hingga Mac lepas berjaya mengumpul RM271,631.50 dan dana itu disalurkan bagi melaksanakan projek agihan pek makanan serta makanan panas di Gaza kepada 10,373 penerima.Bagi fasa kedua yang berlangsung dari April hingga September pula, Jasmine berjaya mengumpulkan tambahan dana sebanyak RM423,651.Fasa kedua itu akan digunakan oleh CGM bagi melaksanakan projek kemanusiaan yang memberi tumpuan terhadap agihan pek makanan serta bekalan air bersih, dengan sasaran peluasan manfaat kepada lebih ramai penduduk Gaza.Kempen #SinarUntukGaza dilaksanakan berasaskan pendekatan yang membolehkan pengguna turut menjadi sebahagian daripada usaha kemanusiaan melalui pembelian produk terpilih Jasmine.Sepanjang tempoh kempen, sebahagian daripada setiap pembelian produk Beras Era Cap Sinar Timur disalurkan untuk menyokong bantuan kepada rakyat Gaza melalui CGM.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CGM, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berpandangan, kerjasama strategik bersama sektor korporat seperti Jasmine amat penting dalam memastikan bantuan kepada rakyat Palestin diteruskan secara konsisten."Sumbangan RM695,282.50 ini bukan sekadar angka. Di sebalik setiap ringgit terdapat makanan berserta air bersih yang sampai kepada keluarga dan sedikit ruang untuk rakyat Gaza meneruskan kehidupan dalam keadaan amat mencabar."Apa yang dilakukan oleh Jasmine juga menunjukkan bahawa sektor korporat dan masyarakat awam boleh memainkan perana
Kempen #SinarUntukGaza Jasmine Food, CGM berjaya kumpul RM695,282.50

Key takeaways
Jasmine Food berjaya kumpul RM695,282.50 melalui kempen #SinarUntukGaza untuk bantuan Gaza.
- Jasmine serahkan RM423,651 kepada CGM untuk bantuan kemanusiaan.
- Jumlah keseluruhan sumbangan kempen ini ialah RM695,282.50.
- Kempen ini menunjukkan kekuatan tindakan kecil yang dilakukan bersama.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AISYAH BASARUDDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗








