MADRID: Bayern Munich membuktikan kehebatan mereka apabila menewaskan Atletico Madrid 2-0 dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi meskipun terpaksa beraksi tanpa beberapa tonggak utama termasuk pengendali pasukan, Vincent Kompany.

Pemain remaja Jerman, Lennart Karl membuka jaringan sebelum Konrad Laimer menambah gol kedua untuk memastikan juara Jerman itu membawa pulang tiga mata berharga dari bumi Sepanyol.

Kemenangan itu lebih bermakna buat Bayern yang kehilangan beberapa pemain utama akibat kecederaan termasuk Jamal Musiala, Luis Diaz, Serge Gnabry dan Ismael Saibari.

Malah, Kompany turut tidak dapat mengemudi pasukan dari tepi padang selepas mengalami masalah kesihatan berkaitan meningitis.