Kuala Lumpur: Kerinduan pelakon Mhia Firdaus terhadap arwah bapanya terubat apabila berpeluang merasai kembali kehangatan kasih sayang seorang bapa menerusi gandingannya dengan pelakon, Khir Rahman dalam filem Sayang Sayang.

Mhia, 20, berkata peluang membawakan watak Mina, iaitu gadis pekak dan bisu, bukan sahaja memberi perspektif baharu terhadap kehidupan, malah turut mengimbau kenangan bersama arwah bapanya, Mohd Firdaus Mohamad Hanif (Pitt Hanif) yang meninggal dunia akibat lemas pada 2019.

Menurutnya, dia juga amat bersyukur kerana watak berkenaan memberinya peluang merasai semula kasih sayang dan kehadiran figura seorang bapa sepanjang penggambaran.

"Sejujurnya, saya bersyukur dan berterima kasih kepada watak Mina kerana melaluinya, saya dapat merasakan pelukan dan kasih sayang seorang bapa daripada 'Uncle' Khir Rahman.