KUALA LUMPUR- Astro bakal memeriahkan Disember ini menerusi penganjuran dua konsert mega, iaitu, Konsert Sooka pada 5 Disember depan di Idea Live Arena, 3 Damansara.

Kedua-dua konsert yang dijadualkan bermula pukul 8 malam itu menampilkan barisan artis popular daripada pelbagai genre muzik, sekali gus menawarkan pengalaman hiburan berbeza kepada peminat.

Konsert Sooka bakal menampilkan Kudrat Boys, The Lantis, Insomniacks, Bunkface dan Kugiran Masdo menerusi persembahan bertenaga serta rangkaian lagu popular yang dijangka menghiburkan penonton.

Sementara itu, Konsert Vaganza menghimpunkan nama besar industri muzik tanah air termasuk Datuk Ziana Zain, Datuk Ramli MS, Jaclyn Victor, Noh Salleh, Mimi Fly, Tenxi, Odda, Ratu, Ammara dan ALPHA, selain penampilan khas beberapa peserta Gegar Vaganza Fantasia.