MOTEGI: Jorge Martin mengakui Marc Marquez berada pada tahap berbeza selepas menyifatkan pelumba Ducati itu “mustahil untuk ditewaskan” pada Grand Prix (GP) Jepun, semalam.
Martin yang bermula dari petak pertama memberikan saingan sengit kepada juara dunia itu selepas Aprilia mempamerkan peningkatan ketara di Litar Motegi berbanding musim lalu.
Pelumba Sepanyol itu cuba mengekalkan tekanan selepas kehilangan kedudukan pertama, namun secara beransur-ansur ketinggalan sebelum menamatkan perlumbaan di tempat kedua, 1.363 saat di belakang Marquez.
“Sepanjang hujung minggu ini, dia mempunyai sesuatu yang lebih berbanding saya.
“Bersama Marc, anda tidak boleh melakukan sebarang kesilapan sama ada ketika menunggang atau menguruskan perlumbaan kerana dia lebih kuat.










