Bendera PH dipasang di Kampung Lapan, Kota Laksamana yang didakwa dicabut dan dibuang semalam. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Puluhan bendera Pakatan Harapan (PH) dipasang di tepi jalan utama Kampung Lapan, Kota Laksamana, Melaka didakwa dirosakkan dalam kejadian kira-kira 2 pagi semalam.
Calon PH bagi DUN Kota Laksamana, Low Chee Leong, berkata kejadian itu dipercayai dilakukan tiga lelaki berdasarkan keterangan saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Menurutnya, rakaman CCTV berhampiran menunjukkan tiga lelaki berpakaian gelap itu menghampiri bendera berkenaan, sebelum mencabut dan membuangnya ke tanah.
"Ada juga saksi yang melihat kejadian itu cuba menegur dan mengejar mereka, namun ketiga-tiga lelaki terbabit melarikan diri ke arah sebuah pangsapuri berhampiran," katanya menurut Sinar Harian.







