KUALA TERENGGANU – Gara-gara membenarkan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) tinggal di premis kawalannya pada bulan lalu, sebuah resort terkenal di Batu Rakit, Kuala Nerus didenda RM54,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nazlyza Mohamad Nazri memerintahkan hukuman demikian selepas wakil Bidong View Resort Sdn. Bhd. membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Beliau menjatuhkan hukuman denda RM6,000 bagi setiap PATI terlibat iaitu RM54,000 secara keseluruhan.

Berdasarkan pertuduhan, pengurusan resort terbabit didakwa membenarkan sembilan PATI yang tidak mempunyai do