Sampel daripada 11 stesen minyak diperiksa akan dikemukakan kepada Jabatan Kimia manakala pengusaha stesen turut hantar sampel ke makmal syarikat minyak masing-masing bagi tujuan analisis lanjut, menurut KPDN Kedah.

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah tidak menemukan kehadiran air di dalam tangki simpanan RON95 di 11 stesen minyak di beberapa daerah yang diperiksa susulan dakwaan yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengarah KPDN Kedah Muhammad Nizam Jamaludin berkata, tindakan diambil selepas pihaknya menerima aduan orang ramai bahawa kenderaan mereka rosak selepas mengisi minyak di stesen terbabit.

Beliau berkata, stesen minyak yang diperiksa melibatkan jenama Petron dan Caltex di Alor Setar, Kubang Pasu, Sungai Petani dan Kulim.