Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Shuhaily Zain dipinjamkan ke AKPS sebagai ketua pengarah sejak 1 Julai tahun lepas.KUALA LUMPUR: Shuhaily Zain masih belum menerima surat rasmi daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pertukarannya daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) kembali ke pasukan polis, menurut peguamnya.

Rafique Rashid Ali berkata, anak guamnya masih mempunyai kuasa menjalankan tugas sebagai ketua pengarah agensi itu sehinggalah arahan rasmi sedemikian dikeluarkan.

“Setakat ini, beliau belum didapati bersalah atas sebarang tuduhan. Justeru, beliau boleh terus menjalankan tugas seperti biasa,” katanya ketika ditemui di kompleks mahkamah di sini.