Mahkamah Rayuan berkata tindakan berterusan Pendidikan Industri YS Sdn Bhd, syarikat mengendalikan Unisel, merupakan pelanggaran asas terhadap kontrak perkhidmatan perayu.PUTRAJAYA: Bekas pensyarah kanan di Universiti Selangor (Unisel) menang rayuan terakhirnya selepas Mahkamah Rayuan memutuskan beliau dipecat secara terancang susulan penurunan pangkat dan pemotongan gaji atas dakwaan salah laku.

Dalam keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Rayuan memutuskan tindakan berterusan Pendidikan Industri YS Sdn Bhd, iaitu syarikat yang mengendalikan universiti itu, merupakan pelanggaran asas terhadap kontrak perkhidmatan Siti Asmahan Ali.

Hakim Faizah Jamaludin, yang menyampaikan penghakiman majoriti, berkata Siti Asmahan berjaya memenuhi beban undang-undang membuktikan beliau dipecat secara terancang.