LUMUT: Siasatan berkaitan dakwaan Malaysia menjadi hab transit untuk eksport semula cip kecerdasan buatan (AI) berteknologi tinggi dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seawal April 2025.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata siasatan dijalankan di bawah peruntukan Akta Perdagangan Strategik (APS) 2010), dengan PDRM turut serta dalam Jawatankuasa Bertindak Perdagangan Strategik (STAC) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Beliau berkata, sebarang penemuan terbaru dalam siasatan polis mengenainya, terus dikemas kini kepada MITI selaku agensi peneraju memandangkan aduan berkaitan eksport cip AI itu disampaikan Kerajaan Amerika Syarikat (AS) kepada MITI.









