KUALA LUMPUR: Peningkatan pendapatan isi rumah negara belum mencukupi untuk melegakan kumpulan termiskin apabila 10 peratus isi rumah terbawah mencatatkan baki purata negatif RM246 sebulan pada 2024.

Khazanah Research Institute (KRI) dalam laporan From Income to Wellbeing: The State of Households 2026 berkata kedudukan itu diperoleh selepas perbelanjaan dibandingkan dengan pendapatan boleh guna isi rumah.

Laporan berkenaan, berdasarkan data Tinjauan Pendapatan Isi Rumah dan Tinjauan Perbelanjaan Isi Rumah Jabatan Perangkaan Malaysia, menyatakan pendapatan isi rumah meneruskan pemulihan selepas pandemik COVID-19.

"Pada 2024, pendapatan penengah isi rumah mencecah RM7,017 sebulan, manakala pendapatan purata berjumlah RM9,155, dengan pertumbuhan pendapatan penengah sebenar bagi tempoh 2022 hingga 2024 lebih pantas berbanding tempoh pandemik.