Kementerian Kesihatan berkata perubahan aliran yang mendadak menjadi punca utama timbalan menteri tidak sempat memasuki Dewan tepat pada waktu.PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memohon maaf atas ‘kesulitan teknikal’ berhubung ketidakhadiran Timbalan Menteri Hanifah Hajar Taib di Dewan Rakyat, pagi tadi, yang berpunca daripada pertukaran aturan mesyuarat secara mendadak.

Dalam kenyataan, KKM berkata Hanifah sebenarnya sudah berada di Parlimen dan sedang mengadakan perbincangan akhir bersama pegawai kementerian di luar Dewan bagi menjawab soalan ketiga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan.

Bagaimanapun, soalan kedua terpaksa ditangguhkan pada saat akhir berikutan kelewatan Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad yang sepatutnya mengemukakan soalan berkenaan.