Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara diminta menyiasat dakwaan perbelanjaan berlebihan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. (Gambar Facebook)KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) digesa menyiasat dakwaan perbelanjaan berlebihan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang didakwa berlarutan selama empat tahun.
Chong Zhemin (PH-Kampar) berkata, siasatan itu penting bagi memastikan budaya kementerian berbelanja melebihi peruntukan tanpa tindakan tegas tidak berterusan.
Beliau menegaskan, desakan bukan kerana menteri KKDW daripada Umno, sebaliknya bagi memastikan semua kementerian tertakluk kepada tatacara kewangan yang sama tanpa mengira parti.
“Kalau setiap kementerian berbelanja lebih 25% dan meminta tambahan peruntukan daripada Perbendaharaan, apa akan berlaku?








