ISU pembangunan pusat data dan kecerdasan buatan (AI) menjadi antara topik hangat dalam Pilihan Raya Pertengahan Penggal Amerika Syarikat (AS) apabila calon kedua-dua parti utama membangkitkan kebimbangan terhadap penggunaan tenaga, air dan kesan jangka panjang kepada masyarakat. Malah, Senator Michigan, Abdul El-Sayed yang baru diumumkan menang, sebelum ini mengesyorkan pembekuan sementara pembangunan pusat data hingga perlindungan kawal selia menyeluruh diwujudkan untuk melindungi kepentingan awam.

Perkembangan itu menarik kerana AS sendiri menjadi peneraju perlumbaan AI global, namun rakyat dan pemimpinnya mula mempersoal sama ada manfaat ekonomi dijanjikan benar-benar setimpal dengan sumber digunakan dan kos ditanggung masyarakat. Persoalannya, apakah pembangunan infrastruktur digital semestinya perlu dipercepatkan tanpa mempertimbang kemampuan sumber asli, keselamatan tenaga dan kelestarian alam sekitar untuk beberapa dekad mendatang?