KUCHING: Tumpuan politik tanah air terarah ke Sarawak hari ini apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh-tarikh penting serta urusan berkaitan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-13.
Mesyuarat khas yang dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun di sebuah hotel di sini itu akan disusuli sidang media.
Sidang media berkenaan diadakan bagi mengumumkan tarikh penting PRN Sarawak ke-13 seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya itu.
Pada 23 Oktober lalu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan berkuat kuasa 26 Okt bagi memberi laluan kepada PRN Sarawak ke-13.









