KOS sara hidup bukan sekadar angka dalam laporan ekonomi. Bagi seorang bapa mengisi petrol sebelum menghantar anak ke sekolah, seorang ibu membeli barang dapur atau peniaga kecil mengira kos penghantaran, setiap ringgit mempunyai makna.
Justeru, apabila Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melalui Siaran Media Indeks Harga Pengguna (IHP) September 2026 diterbitkan, 19 Oktober lalu melaporkan kadar inflasi negara menyederhana kepada 1.8 peratus pada September 2026 berbanding Ogos (1.9 peratus), perkembangan itu wajar diteliti secara mendalam.
Penyederhanaan ini antara lainnya disumbangkan kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain mencatatkan penurunan kadar inflasi daripada 2.1 kepada 1.4 peratus, manakala makanan dan minuman menyederhana daripada 1.9 kepada 1.8 peratus. Perkembangan ini menunjukkan tekanan kenaikan harga dalam beberapa komponen penting perbelanjaan isi rumah semakin berkurangan.









