Calon BN Mustafa Musa dalam walkabout di Durian Tunggal bersama bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob.HANG TUAH JAYA: Calon Barisan Nasional (BN) DUN Durian Tunggal, Mustafa Musa, yakin kerjasama Umno dan PAS mampu meningkatkan majoriti kemenangan gabungan itu pada PRN Melaka kali ini.

Beliau berkata, keyakinan itu bersandarkan semangat perpaduan ummah, kerjasama kedua-dua parti serta sokongan kepimpinan yang disifatkan mampu menarik lebih ramai pengundi.

“Majoriti terdahulu 500 lebih, dan saya percaya dengan kerjasama PAS, juga keadaan politik semasa serta keinginan rakyat melihat perpaduan ummah dapat meningkatkan jumlah undi yang akan diperoleh BN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas walkabout di Durian Tunggal bersama bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob.