BELFAST: Penyerang Ireland Utara, Jamie Donley menyifatkan kekecewaan pasukannya selepas gagal meraih kemenangan dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA menentang Georgia sebagai bukti betapa jauh mereka sudah berkembang sebagai sebuah pasukan.
Skuad kendalian Michael O'Neill melanjutkan rekod tanpa kalah kepada empat perlawanan dalam Liga B selepas melalui tempoh 11 hari yang sangat positif dengan empat perlawanan, sekali gus berada di kedudukan terbaik untuk memburu promosi menjelang aksi pada November.
Namun, Ireland Utara mensia-siakan peluang terbaik untuk menambah kelebihan apabila sepakan penalti Isaac Price diselamatkan penjaga gol Liverpool, Giorgi Mamardashvili.
Skuad kendalian O'Neill hanya tewas sekali di Windsor Park sejak Oktober 2023 - kekalahan tipis 1-0 di tangan gergasi Eropah, Jerman. Mereka juga masih satu-satunya pasukan daripada 54 negara yang belum dibolosi dalam Liga Negara-Negara.








