Penganalisis berkata jika institusi awam diharapkan melindungi simpanan rakyat, ia juga perlu dipertanggungjawabkan terhadap cara penggunaan kuasa dalam urusan membabitkan perniagaan pihak lain.PETALING JAYA: Kerajaan digesa menubuhkan sebuah panel bebas bagi menyiasat aduan syarikat terjejas akibat usaha sama bermasalah yang dikaitkan dengan Tabung Haji (TH), selain meneroka saluran untuk mendapatkan tebus rugi.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting berkata, penelitian tidak patut hanya tertumpu kepada kerugian dialami dana jemaah haji itu, sebaliknya perlu merangkumi layanan terhadap rakan kongsi, pembekal dan pemiutangnya.

"Cadangan saya mudah: wujudkan proses penyerahan bukti secara sulit dengan had masa, lindungi pengadu mempunyai asas kukuh daripada sebarang tindakan balas dan umum dapatan panel tanpa menjejaskan prosiding undang-undang sedang berjalan," katanya kepada FMT.