Dr Yadzil Yaakub mengakui PN perlu mempergiatkan usaha mendekati pengundi pelbagai kaum khususnya masyarakat Cina melalui pertemuan secara langsung.JASIN: Perikatan Nasional (PN) menyasarkan kemenangan lebih besar di DUN Bemban pada PRN Melaka 14 Nov ini, dengan calonnya Dr Yadzil Yaakub memilih untuk tidak menyerang atau memburukkan pesaing.

Penyandang kerusi itu berkata, beliau lebih selesa mengetengahkan tawaran dan kelebihan sendiri kepada pengundi, selain menghormati kemampuan setiap calon bertanding.

“Saya lebih suka bertanding dengan cara sihat, menunjukkan kelebihan seseorang dan apa yang boleh saya tawarkan kepada rakyat,” kata ketua Wawasan Jasin dalam temu bual FMT di Bilik Gerakan PN Bemban.