Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail kata pentafsiran terbaik harus dibuat di mahkamah susulan perbezaan pandangan antara AGC dan peguam Najib Razak. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Pentafsiran terbaik arahan pelepasan Najib Razak harus dibuat di mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata demikian susulan perbezaan pandangan antara Jabatan Peguam Negara (AGC) dan peguam kepada bekas presiden Umno.

"Kalau ada perbezaan begitu, seperti mana nasihat peguam negara, pentafsiran yang terbaik harus dibuat di mahkamah," katanya pada sidang media selepas program bersama polis di Kulim, Kedah.

"Apa pun keputusan, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya Jabatan Penjara akan melaksanakan sesuai dengan arahan undang-undang."