KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung rakan kerjasama yang akan dipilih bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.
Pengarah Komunikasinya, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sebarang keputusan berkaitan bentuk kerjasama politik perlu dibuat melalui Majlis Presiden PH.
“Setakat ini, belum dimuktamadkan dan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan belum ada apa-apa keputusan yang telah dibuat. Belum lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Wacana Awam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13): Hala Tuju dan Cabaran, di sini hari ini.
Sebelum ini, PH dilaporkan meneliti kemungkinan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN Melaka, termasuk soal pembahagian kerusi.









