CONCORD, NEW HAMPSHIRE – Seorang pemancing di New Hampshire memecahkan rekod negeri selepas menangkap seekor tuna sirip biru gergasi dengan berat lebih 506 kilogram, lapor stesen televisyen WMUR 9.

Brandon McGirl menyewa perkhidmatan serta bot menangkap ikan milik syarikat Savage Charters diketuai kapten Jamie Savage untuk semalaman, baru-baru ini. 

Dia berkata, keadaan untuk memancing ketika itu mencabar kerana laut lebih bergelora daripada mereka jangkakan.

Selepas berjam-jam menunggu, mereka nekad pulang tetapi tali pancing tiba-tiba disentap.

Mereka bertarung dengan ikan itu dalam radius kira-kira 1.6 kilometer.