Dalam kehidupan masyarakat moden, ayam adalah antara sumber makanan utama yang dikonsumsi hampir setiap hari. Sama ada di rumah, restoran, gerai makanan, hotel mahupun premis makanan segera, daging ayam menjadi pilihan masyarakat kerana mudah diperoleh dan harganya relatif berpatutan.

Namun, timbul persoalan yang wajar diberikan perhatian, iaitu apakah hukum memakan daging ayam apabila kita tidak mengetahui secara pasti status halal penyembelihannya?

Adakah setiap ayam yang tidak mempunyai logo halal dianggap haram? Adakah seseorang Muslim wajib menyiasat kaedah penyembelihan setiap kali hendak membeli atau memakan ayam? Bagaimanakah pula jika ayam tersebut dibeli di pasar biasa, restoran bukan Islam atau premis makanan yang tidak mempunyai sijil halal?