LONDON – Kualiti yang ditunjukkan Manchester City pada awal musim seakan menghilang apabila kini berdepan krisis prestasi selepas merekodkan kekalahan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selepas kalah kepada Aston Villa dan Brighton, The Citizens tewas sekali lagi dan kali ini dikejutkan oleh Nottingham Forest 1-3, awal pagi semalam sekali gus memberi kesan besar kepada usaha pasukan mencabar kejuaraan musim ini.

Pengurus pasukan, Enzo Maresca mendedahkan kelemahan ketara dari segi intensiti, keinginan, kemampuan memenangi perebutan bola dan lebih membimbangkan, beliau mengakui para pemainnya gagal menandingi semangat juang Forest

Maresca berkata, kegagalan memenangi perebutan bola dan mendapatkan bola kedua menjadi antara faktor utama yang menyebabkan City terus berdepan kesukaran, terutama ketika menentang pasukan yang memiliki intensiti tinggi.