Penganalisis berkata kritikan terhadap kutipan RM50 juta kebanyakannya disuarakan pihak yang menentang Umno dan Najib Razak.PETALING JAYA: Kritikan pemimpin Pejuang terhadap tindakan Umno mengumpul RM50 juta bagi membantu pembayaran denda Najib Razak tidak akan menjejaskan kerjasama politik Umno dan PAS, kata penganalisis.

Mereka berpandangan, kenyataan Pemangku Ketua Pemuda Pejuang, Akmal Yusoff lebih bersifat pandangan peribadi dan tidak mencerminkan pendirian rasmi parti.

Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, berkata perbandingan antara kutipan dana untuk Najib dengan sumbangan kepada mangsa banjir tidak wajar dibuat tanpa bukti bahawa penderma tabung solidariti itu sepatutnya menyalurkan wang berkenaan kepada mangsa bencana.