KUALA LUMPUR: Kegagalan menyudahkan peluang terhidang menjadi antara faktor utama skuad bawah 16 (B-16) tahun negara tewas 2-0 kepada Palestin dalam aksi pertama Kumpulan E kelayakan Piala Asia B-17 2027, malam tadi.

Ketua jurulatih skuad negara, Shukor Adan menyiftakan Harimau Malaya B-16 sepatutnya boleh menewaskan Palestin dalam aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur itu sekiranya peluang terbaik yang dicipta dapat disudahkan dengan jaringan.

Mengakui sukar untuk menerima keputusan itu, Shukor turut menganggap kelalaian menjadi penyebab pasukannya dihukum dengan dua jaringan Palestin yang terhasil menerusi situasi bola mati.

"Saya rasa dari segi keputusan, agak perit untuk kita terima apabila kalah 2-0 dengan Palestin. Sebenarnya perancangan awal, kami sudah buat yang terbaik untuk pecahkan struktur Palestin.