Pesuruhjaya PAS Melaka Zulkifli Ismail berkata, momentum sokongan terhadap Muafakat Melaka, pakatan antara BN dan PN untuk PRN Melaka, dijangka terus meningkat menjelang hari mengundi.SEMABOK: Pesuruhjaya PAS Melaka Zulkifli Ismail berkata, kerjasama politik antara PAS dan Umno akan diusahakan agar berkekalan, bukan setakat 'tiga tahun' seperti yang didakwa pernah berlaku sebelum ini.

Beliau berkata, pihak yang berusaha menjayakan penyatuan itu akan memastikan kerjasama itu dapat dipertahankan untuk tempoh lebih panjang.

“Kita yang berusaha mewujudkan penyatuan ini akan pastikan ia bukan untuk tiga tahun, tetapi selama-lamanya, insyaAllah,” katanya ketika sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.