Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata istilah ‘pelepasan’ dalam perintah Mahkamah Tinggi membawa maksud membebaskan seseorang banduan, bukannya meletakkan mereka bawah tahanan rumah.MELAKA: Kementerian Dalam Negeri mengambil sikap berhati-hati dalam tindakan meletakkan bekas perdana menteri, Najib Razak, bawah tahanan rumah tanpa menyelesaikan tafsiran bercanggah berhubung perintah pelepasan mahkamah, yang boleh dianggap sebagai penahanan salah.
Menteri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihaknya berada dalam dilema antara pengampunan bersyarat diberikan kepada Najib — yang membenarkannya menjalani baki hukuman penjara kes SRC International bawah tahanan rumah selepas menjelaskan denda RM50 juta — dan satu perintah mahkamah menggunakan istilah 'dilepaskan'.






