Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming ketuai delegasi Malaysia ke Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-31 (COP31) di Turki. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Malaysia mencadangkan supaya sekurang-kurangnya 20% pembiayaan iklim bandar pelbagai hala disalurkan secara langsung kepada pihak berkuasa tempatan dan komuniti di kawasan penempatan tidak formal bagi memperkukuh keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan iklim.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming yang mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-31 (COP31) mencadangkan penubuhan Kemudahan Iklim Bandar Terus kepada Komuniti bagi menyalurkan dana berkenaan melalui geran pukal yang diperuntukkan secara konsisten dan boleh dijangka.






