MANCHESTER: Michael Carrick tidak akan meletak jawatan meskipun masa depannya di Old Trafford terus menjadi tanda tanya susulan prestasi hambar pasukan itu dalam Liga Perdana Inggeris.

Pengurus United itu kembali berdepan tekanan selepas United terikat 4-4 dengan Aston Villa di Old Trafford, sekali gus melanjutkan rekod tanpa kemenangan liga kepada lapan perlawanan.

Lebih parah, The Red Devils terus terperosok dalam kelompok tiga pasukan terbawah dengan hanya mengumpul lapan mata daripada 10 perlawanan.

Ketika ditanya kemungkinan perbincangan berkenaan kedudukannya akan berlangsung sepanjang rehat antarabangsa, Carrick memberikan jawapan sinis sehingga mencetuskan suasana tegang dalam temu bual bersama Sky Sports.