PETALING JAYA: Seramai 19 individu terkandas manakala lapan lagi dilaporkan hilang dibawa arus deras dalam kejadian kepala air yang berlaku di Sungai Pertak, Hulu Selangor di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.55 petang semalam melibatkan seramai 34 individu dalam kumpulan berasingan termasuk tujuh mangsa yang dilaporkan selamat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, maklumat awal diterima pada pukul 6.37 petang membabitkan lima warga Yaman yang melakukan aktiviti pendakian, seorang dilaporkan dihanyutkan arus manakala empat lagi selama.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu.