Washington: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ultimate Fighting Championship (UFC), Dana White menegaskan tidak berminat menceburi politik selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump secara berseloroh menawarkan jawatan Setiausaha Akhbar Rumah Putih kepadanya.

Ketika muncul di Bilik Taklimat Akhbar James Brady di Rumah Putih, Trump secara spontan mengemukakan tawaran itu kepada White selepas membawa bos UFC berkenaan ke sesi soal jawab bersama media.

"Adakah anda berminat dengan jawatan itu atau mahu terus bersama UFC yang tidak masuk akal ini?" kata Trump.

White yang juga sahabat lama Trump bagaimanapun menolak tawaran berkenaan.