LOS ANGELES: Aryna Sabalenka memulakan kempen Final WTA dengan langkah kanan selepas menewaskan Karolina Muchova dalam aksi dua set.
Pemain pilihan kedua itu terpaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan 7-6 (7-2), 7-5 dalam tempoh hampir dua jam.
Aryna yang juga juara empat gelaran Grand Slam kini memburu kejuaraan pertama Final WTA selepas dua kali muncul naib juara pada edisi 2022 dan 2025.
Pemain Belarus itu berdepan detik sukar pada set pertama apabila kehilangan servis untuk membolehkan Karolina mendahului 5-4.










