“Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 3 Akta Penjara 1995 (Akta 537) menteri mengisytiharkan semua bangunan dan kawasan dengan keluasan 4,558.97m persegi di No 11 Jalan Langgak Duta, Taman Duta 50480 Kuala Lumpur yang terletak di atas Lot 5746, Mukim Kuala Lumpur, Daerah Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai suatu penjara bagi maksud akta bagi pemenjaraan atau penahanan orang dalam jagaan sah”.

Begitu bunyi dokumen rasmi perisytiharan termaktub dalam Warta Kerajaan Pesekutuan bertarikh 6 Nov 2026 yang disiarkan menerusi portal rasmi Jabatan Peguam Negara (AGC).

'Orang yang dalam jagaan sah' ialah Najib Razak dengan alamat tertera ialah kediamannya. Ertinya rumah Najib sekarang ialah sebuah penjara. Menteri yang disebut dalam perisytiharan itu ialah Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution.