Pasukan mencari dan menyelamat menemui tiga mangsa tersekat di kawasan Jambatan Senget kira-kira 9.20 pagi tadi dan seorang lagi ditemui dekat kawasan sama pada 10.20 pagi tadi.(Gambar Envato Elements)PETALING JAYA: Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemui lemas pagi ini, menjadikan lima mangsa dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata tiga mangsa ditemui tersekat di kawasan Jambatan Senget dekat Camp Site Sungai Luit kira-kira 9.20 pagi, manakala seorang lagi ditemui dekat kawasan sama pada 10.20 pagi tadi.
"Semua mangsa kini dalam usaha dikeluarkan anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR)," katanya menurut Sinar Harian.








