Ketua Wanita DAP Pulau Pinang Heng Lee Lee berharap SOP semua agensi dapat ditambah baik bagi memastikan kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual mendapat perlindungan segera dan sewajarnya. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Ketua Wanita DAP Pulau Pinang Heng Lee Lee mempersoalkan tindakan polis membawa seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang didakwa menjadi mangsa amang seksual bapanya ke hospital sehari selepas laporan dibuat.

Katanya, laporan polis diterima pada 11.15 pagi, 16 Okt 2025 tetapi mangsa hanya dirujuk ke Pusat Khidmat Krisis Bersepadu (OSCC) Hospital Pulau Pinang keesokan harinya.

Menurutnya, kelewatan itu menimbulkan persoalan kerana pemeriksaan perubatan dan forensik penting bagi mengumpul serta memelihara bukti.