Hannah Yeoh berkata Loke Siew Fook mahu mereka menunaikan segala janji kepada rakyat dan menyelesaikan kerja yang masih belum selesai. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata sepatutnya beliau yang berundur daripada jawatan hari ini, bukannya Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook.

Hannah yang turut menganggotai Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang terlibat dalam pertimbangan permohonan pengampunan bekas perdana menteri Najib Razak, membuat kenyataan itu susulan peletakan jawatan Loke berkuat kuasa serta-merta sebagai menteri pengangkutan.

Keputusan itu dibuat Loke susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Najib menjalani tahanan rumah.