kartika@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) menghimpunkan 37 band tempatan menerusi CommFest: RENTARA 2026 bagi menjayakan persembahan muzik secara langsung selama 13 jam tanpa henti, sekali gus menyasarkan percubaan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori The Most Live Band Performed In An Event.

Program bertemakan 'Muzik Melakar Hari' itu berlangsung dari 10 pagi hingga 11 malam di Auditorium Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), pada 3 Oktober lalu.

RENTARA 2026 menjadi antara pengisian utama FESSHtival x MPAJ 2026 yang membawa tema 'Semarakkan Kreativiti, Eratkan Komuniti' dan dianjurkan Fakulti Pendidikan, Sains Sosial dan Kemanusiaan (FESSH), UPTM dengan kerjasama MPAJ.