KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mengukuh berbanding mata wang utama pada Rabu, namun kekal tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran menjangkakan Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menaikkan kadar faedah.
Jangkaan itu didorong data inflasi AS yang lebih tinggi daripada unjuran.
Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.0540/0590 berbanding dolar AS, tidak berubah daripada paras penutup Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata data inflasi AS meningkatkan kebimbangan mengenai pengetatan lanjut dasar monetari.









