BORDEAUX: Eli Junior Kroupi meledak gol sulung bersama Perancis ketika membantu pasukan itu menewaskan Turkiye 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan A1 Liga Negara-Negara, awal pagi tadi, sekali gus mengesahkan tiket ke suku akhir.

Perancis hanya memerlukan keputusan seri untuk menjamin kemaraan ke kelompok lapan terbaik yang dijadual berlangsung Mac depan, namun skuad kendalian Zinedine Zidane itu memastikan kemenangan menerusi jaringan sendiri Emirhan Topcu sejurus selepas babak kedua bermula.

Penyerang Bournemouth berusia 20 tahun itu yang dimasukkan menggantikan Bradley Barcola selepas sejam permainan, kemudian menggandakan kelebihan Perancis hasil umpanan Rayan Cherki sebelum Abdulkerim Bardakci merapatkan kedudukan buat Turkiye pada minit terakhir.