Melaka: Kehidupan penduduk Taman Sutera Wangi Fasa 2 di sini terganggu akibat kehadiran haiwan liar terutama anjing yang berkeliaran sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan, kebersihan dan ketenteraman mereka.

Haiwan itu bukan sahaja berkeliaran di atas jalan malah turut memasuki rumah penduduk, selain ada yang mendatangkan kerosakan harta benda termasuk pagar rumah.

Penduduk, Siti Razianawati Rauzi, 41, berkata, pagar rumahnya berlubang kerana sering diceroboh anjing liar yang memasuki pekarangan rumah untuk mencari makanan.

"Anjing memang semakin bertambah. Saya geram apabila ia sampai masuk ke kawasan rumah, malah pagar rumah saya pun sampai berlubang dibuatnya," katanya.