PELABUR perlu menilai fundamental syarikat, harga tawaran serta sentimen pasaran sebelum menyertai tawaran awam permulaan (IPO) bagi memastikan keputusan pelaburan dibuat berdasarkan potensi sebenar perniagaan dan bukannya sekadar mengejar keuntungan jangka pendek.
PEDAGANG Profesional dan Perancang Kewangan Berlesen, Adli Ishak. Pedagang Profesional dan Perancang Kewangan Berlesen, Adli Ishak berkata, penilaian menyeluruh itu penting memandangkan fenomena lebihan langganan IPO atau oversubscription yang tinggi tidak semestinya mencerminkan kekuatan sesebuah syarikat, sebaliknya turut dipengaruhi permintaan pasaran, sentimen pelabur dan jangkaan keuntungan pada hari pertama penyenaraian.
Katanya, terdapat tiga pertimbangan utama sebelum melanggan IPO, iaitu fundamental syarikat, penilaian harga dan sentimen pasaran.









