Kuala Lumpur Glide Technology Sdn Bhd dari Malaysia dan Etu Energias SA dari Angola memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bagi meneroka peluang kerjasama dalam sektor huluan minyak dan gas menerusi platform bersama mereka, Etu Glide Energy Sdn Bhd.
Pengasas dan Presiden Kumpulan Syarikat Glide, Datuk Muhazli Muhamad berkata, kerjasama itu berkembang secara berperingkat sejak 2021, bermula dengan pembekalan pelincir kepada Etu Energias di Luanda, Angola.
"Perjanjian ini membuktikan bahawa syarikat Malaysia mampu bersaing di luar negara bukan sahaja dengan produk, tetapi juga dengan kepakaran.
"Kami bangga mengambil langkah seterusnya bersama Etu Energias dan kami komited untuk jangka panjang," katanya pada majlis menandatangani MoA di sini, baru-baru ini.






