Pengguna Threads @jannahseri memuat naik video menunjukkan rumah di Kampung Melayu Subang ditenggelami banjir. (Gambar Threads)PETALING JAYA: Penduduk Kampung Melayu Subang berdepan kejadian banjir kali keempat pada bulan ini, menurut pengguna platform media sosial Threads.
Pada 6 pagi tadi, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa kawasan di Selangor, termasuk Petaling yang menempatkan kampung berkenaan.
Tiga jam kemudian, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan paras air di stesen Kampung Melayu Subang berada pada 18.11m, melepasi paras bahaya 17.4m.
Setakat 10.45 pagi, paras air menurun kepada 16.92m, sedikit melebihi paras amaran 16.9m.








